KEPENTINGAN NUTRISI

Assalammualaikum dan hi semua.

Sistem pencernaan merupakan sistem yang penting dalam dalam badan kita kerana ia merupakan pintu kepada bentuk nutrisi yang kita perolehi daripada pemakanan sehari-hari serta supplemen yang kita ambil.

Pencernaan yang bermasalah akan mengganggu proses pemecahan, penyerapan dan metabolisma khasiat makanan.Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil.

Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.

Kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit-birit, kelesuaan yang kronik dan lain-lain yang telah dijelaskan sebelum ini.

Simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut,alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit
lain.

Cabaran memenuhi keperluan nutrisi

Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semakin membebankan sistem tubuh kita.

Gaya hidup yang kurang aktif, stres berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, vitamin dan mikro nutrisi yang lain.

Tiada siapa yang dapat lari daripada masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah pertanian, pemerosesan dan pengilangan yang intensif.

Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu lama yang diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semas memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan sayuran dan lain-lain makanan yang diambil.

Menangani Ketidakseimbangan Nutrisi

Keperluan nutrisi setiap orang adalah berbeza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat pemakanan. Aspek utama nutrisi ialah mencegah penyakit dan menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.

Suplemen vitamin dan mineral mungkin menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi. Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang
penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel. Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.

Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.Jadi, sebelum mengambil sebarang supplemen, amat penting membuat detoksifikasi terlebih dahulu supaya semua nutrien yang dibekalkan supplemen diserap dengan baik.

Mengekalkan flora usus yang sihat dengan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.


Panduan Semasa Memilih Suplemen:


Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin memberi kesan yang berbeza sama ada dari segi tempoh keberkesanannya atau jumlah kuantiti yang harus diambil.


Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.


Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja. Pemakanan seimbang dan berkhasiat juga wajib jadi amalan.


Rujuk kepada pakar sebelum memulakan suplemen pemakanan, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, sedang hamil atau menyusukan anak.

Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.

Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.


...............................................................................................

Mahukah tuan dan puan merasa kebaikan dan khasiat Vitamin Shaklee? Mulakan penjagaan kesihatan yang menyeluruh mulai hari ini.Mereka yang berminat, boleh hubungi saya di [admin@redcomelmall.com] atau sms/whatsApp 0196154956 Pn Ani. Semua kemusyikilan tentang pengambilan vitamin yang sesuai dengan anda (dan pastinya sesuai dengan bugdet anda,) boleh di
kongsikan dengan saya.TQVM ^^

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin sukakan artikel ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...