Makanan Sunnah

Salam semua... saya jumpa list makanan favourite Nabi.. Nak share here so boleh kita take note.. Banyak khasiatnya kan?

Makanan Kesukaan Nabi – Makanan sunnah...

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan , minuman segala minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut,membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang
peluh dari dahi. Menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga .

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.

10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan
diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

0 comments:

Post a Comment